GALLERY

Thursday, November 26, 2009

GAMBAR LADANG

Hhmm..akhir nya dapat juga aku luangkan masa untuk memasukkan gambar-gambar ni di sini.maklum lah..musim ni kan musim hujan, jadi segala kerja-kerja di ladang pun terpaksalah setengah tu di buat dalam hujan.dan pergerakan di dalam ladang menjadi slow sedikit,tidak seperti hari biasa.tapi bagi aku,mm..entahlah aku pun tak tahu nak explain macam mana...!aku pantang tengok hujan lebat sikit,aku jadi rasa seronok..bukan niat nak main hujan..!tapi aku suka buat kerja dalam hujan.mungkin peringkat permulaan dahulu,kerana setiap hari..terutama musim hujan...semasa mencerut rumput kambing aku selalu basah kena hujan.satu lagi,semasa mula-mula menanam rumput untuk kandang yang besar ini pun dibuat di dalam hujan juga..sebab tu bila musim hujan sedikit,aku akan merasa seronok dan akan teringat masa permulaan dahulu.bagi aku.,bila waktu hujan suasana nya akan menjadi tenteram dan nyaman.kebetulan ketika gambar ini diambil juga adalah semasa musim hujan..jadi seronok lah aku..dan sibuk lah hendak mengambil gambar.kebetulan di ladang hari tu kerja-kerja menanam rumput sedang dilakukan.maka aku pun joint mereka sekali menanam rumput pada masa tu.Hmm..seronok ..betul tanam rumput dalam hujan ni..suka tanam rumput dalam hujan sebab dari pengalaman aku rumput akan menjadi cepat besar kalau di tanam pada musim hujan..!kerana pada masa tu,segala-gala mencukupi untuk benih rumput membesar.seperti keperluan air dan baja .penyerapan zat-zat pada batang benih cepat berlaku.ladang ini memilih dua jenis rumput bagi keperluan makanan ternakan iaitu rumput napier taiwan dan rumput humidicola(rumput minyak).dua jenis rumput ini adalah makanan utama ternakan di ladang ini.kerana dua jenis rumput ini yang telah diketahui ramai merupakan rumput yang banyak mengandungi protein dan serat yang tinggi,sesuai untuk sistem pencernaaan ternakan,proses tumbesaran dan tenaga.tiga proses ini adalah perkara yang paling penting untuk mengekalkan ternakan sentiasa berada dalam keadaan sihat,boleh menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca.dan kurang mendapat penyakit.secara tak langsung,jumlah kematian pun akan berkurangan.harus di ingat,jangan sekali-kali mengambil rumput yang belum kering daripada air,kerana itu akan menyebabkan kematian secara perlahan-lahan kepada ternakan.kematian disebabkan oleh jangkitan cacing.kerana semasa rumput terutama tanah yang basah cacing akan naik ke batang dan daun rumput..lari sebab takut air.!!hehehe..oleh itu,jangan beri rumput yang basah.pastikan rumput dan padang ragut dalam keadaan kering dahulu,baru lah ternakan boleh dilepaskan meragut di padang ragut.kerana pada hari panas dan kering,cacing ni jenis yang takut pada panas..jadi mereka dan anak-anak serta kaum kerabat turun semula ke tanah untuk menyejuk kan badan..hehee..maka selepas itu,kambing atau pun lembu boleh lah makan rumput itu sepuas hati tanpa was-was.Uumpp..